Thursday 7 June 2012

Anniversary Perkenalan Yang Ke 8




Sempena ulang tahun perkenalan bersama suami tercinta aku ingin mencoret sedikit bingkisan kata2 yang terlahir ikhlas dari hati wanita kecil ini...


Sayang, 8 tahun yang pernah kita harungi bersama-sama ini aku rasakan begitu indah dan sempurna sekali. Kau pimpin aku menjadi seorang wanita yang dulunya kaca kini dibentuk menjadi permata.


Sayang, kekurangan diri ini lansung tidak aku rasai. Bila disisi suami sepertimu...

Sayang, cinta dan kasih ini tidak pernah sekali berkurangan. Senyuman lelaki sepertimu akan sentiasa menjadi dambaan hati ini. Gelak tawamu akan sering menjadi igauanku.

Sayang, aku sentiasa berharap dan mendoakan agar hubungan kita akan terus berkekalan sehingga ke akhir hayat kita. Walau di Syurga sekali pun aku akan memilihmu untuk menjadi pasanganku.

Sayang, aku tahu hatimu juga merasakan detik cinta kita berdua. Bersama2lah kita menjaga detik2 itu. Kerana detik2 itu akan sentiasa menjadi indah di dalam memori hidup kita...

Tiada ucapan lain yg mampu aku hadiahkan melainkan "Aku akan sentiasa menyayangimu"

Khas Untuk Suami Tercinta, Mohd Asmawi Bin Mohamed

No comments:

Post a Comment