1 Tahun 6 Bulan
1 Tahun 6 Bulan
Untuk dijadikan satu cerita di Vavavelida Story Corner ini aku mulakan point subject dengan pengalamanku berkhidmat di Hospital Putrajaya.
Ini gambar yang telah aku capt ketika genap 1 Tahun 6 Bulan aku di sini
(Lokasi gambar diatas adalah tempat duduk Bos aku, dia sibuk kat bwh, tp xpela bantal busuk berwarna hijau dia ada enterframe Hahaha...)
Yeah, pengalaman seronok ada, duka cita pun ada. Antara yang seronok bila dapat berkawan dengan geng2 & Bos2 yang sempoi. Bergelak ketawa, Menyanyi, dll...
Uhhh... Yang tak seronoknyer bile keje melambak2 datang pada kami, especially keje yang tak sepatutnya kami buat & keje yang datangnya mcm puting beliung... kena marah dengan patient, melayan karenah doktor dan staf di Hospital ni. mcm2 lagi
Bertugas di Hospital Putrajaya ni memang amat mencabar...Yelah U olls...Hospital Putrajaya merupakan Hospital yang amat gah di Malaysia ni... Patient yang educated especially bile patient yg berkedudukan VVIP...Ha....Dengar pun gerun kan... Tapi aku anggap ianya adalah 1 cabaran. 1Malaysia!!!
Nasihat kepada U olls yang tengah down dgn keje korang sekarang, sabar adalah amat perlu... Kerana hasilnye U olls sendiri yang akan tahu. Kalau U olls anggap keje yang ada sekarang tidak menarik, sampai bila2 U olls akan dibelenggu rasa meluat untuk ke tempat keje. Tapi sekiranya U olls menganggap keje yang ada sekarang boleh menjadi batu loncatan untuk ke kedudukan yang lebih baik, nescaya kedudukan itu sedang menunggu di hadapan...
Final,
Senyum apabila di uji
Berdoa pada Illahi...
No comments:
Post a Comment